Tuesday, April 21, 2009

Betul ke cara anda memegang Mouse ?

Trader Forex menghabiskan separuh usianya berhadapan dengan laptop / PC. :) Berikut ialah postur yang betul yang perlu diikut ketika menggunakan komputer untuk mengurangkan stress terutama pada bahagian tangan, bahu dan pinggang.

Postur yang betul dapat meningkatkan pengaliran energi tubuh, dan membenarkan anda lebih tenang ketika trade. Bila tenang, baru boleh entri dengan betul. :) Walaupun anda sedang mengejar kekayaan pips, usah diabaikan kekayaan kesihatan yang sedang anda miliki sekarang.


Follow steps below :







Apa yang akan berlaku jika anda tidak mengikut postur yg betul seperti diatas ???



Carpal Tunnel Syndrome and Manual Therapy
Exercises for relief from Carpal Tunnel Syndrome

Saturday, March 14, 2009

Persediaan dana untuk jadi Full Time trader

Salam,

Mari kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana kita sentiasa dilimpahi untung yg berlipat ganda sejak kebelakangan ini. Banyak faktor yg menyumbang kepada kejayaan ini. Usaha, ketekunan, disiplin, doa, dhuha dan rezeki semuanya kena diambil kira dalam kita menjalankan muhasabah hasil trading.

Ramai yg mula nampak jalan buat di duit dalam dunia forex ni. Mungkin dulu anda pernah buat untung, tetapi lebih kepada nasib kerana anda gagal mengulangi prestasi tersebut minggu demi minggu. Kini sudah bermula era baru, sudah ada untung yg konsisten. Ingat ya, jika anda tidak rugi dalam sesuatu minggu, itu sudah kira hebat kerana anda di kalangan 10% dari populasi trader. 90% trader rugi dan sentiasa risau bila agaknya akaun mereka nak kena topup lagi.

Kini sudah ada yang pasang cita2 mau serius dalam forex hingga ada yang bercadang nak full time supaya boleh join main badminton setiap Khamis pagi. Itu matlamat yg baik, saya sentiasa mendorongnya jika itu memang matlamat anda. Namun, banyak persediaan perlu dilakukan jika anda mahu menjadi trader fulltime.

1) Persediaan dana modal pusingan.

Anda perlu besarkan dulu dana di akaun trading anda. Saya sentiasa mengambil jalan tengah, tidak terlalu agresif dan tidak pula sikit sangat bila membuat budget. Ini panduan saya.

Risk management 5%
ROI bulanan 10% - 20% (ini pun kira tinggi dan ramai yg tak percaya anda boleh konsisten)

Saya dah buat berdasarkan jangkaan di atas dan selama ni masih 'on track'. Teknik GJ breakout terutamanya memang serasi dengan saya, semacam memberi keyakinan kepada saya bahawa saya pasti menjalani hujung minggu dengan penuh senyuman. Saya rasa student yg mengikuti blog saya setiap jam 3pm boleh mengesahkan pencapaian ini. Hj Zainul (penulis skrip drama) pun dah mula aktif semula dalam trading sebagai aktiviti utama selepas pencen dgn Gomen.

Ok, ini formula kewangan untuk kira dana pusingan.

i) anda kena kenalpasti berapa pendapatan bulanan ( I ) yg anda mahukan, katakan USD2000


ii) kenalpasti berapa ROI yang anda boleh buat.

iii) kira keperluan modal (Capital) guna formula di bawah:

Capital = Income / ROI

jika ROI 10% ; Capital = USD2000 / 10% = USD20,000

jika ROI 15%; Capital = USD2000 / 15% = USD13,333

jika ROI 20% ; Capital = USD2000 / 20% = USD10,000

Nota : ROI di atas adalah yg munasabah dan konsisten. Sesekali anda buat 200% dalam sebulan tak boleh dijadikan panduan. Mungkin bulan tu trending nya bagus atau anda bernasib baik.

Jika Capital anda sekarang jauh daripada angka yg saya tuliskan di atas, usaha anda untuk beberapa bulan berikutnya ialah untuk membesarkan dahulu akaun itu ke tahap yg diperlukan.

Ok, itu dahulu. Saya akan sambung lagi 2 lagi faktor persediaan yg kena buat untuk jadi full time trader.

Sunday, March 1, 2009

Cabar minda anda

Salam,

Sudah agak lama saya mencari idea untuk menambahkan post di blog ini. Hari ni saya nak berkongsi dan mengajak anda mencabar minda bawah sedar kita tentang kefahaman kita tentang konsep 'abundance' / kekayaan yg melimpah ruah.

Kita terus kepada 'tugasan' dulu dan kemudian baru kita kupas teori dan hasilnya.

Kepada kaum lelaki, hari Jumaat ni berjanjilah kepada diri sendiri anda akan buat sumbangan kepada tabung masjid dalam amaun yg banyak. Saya tidak ada ukuran khusus berapa amun yg dikatankan 'banyak' kerana itu subjektif antara individu. Saya cadangkan RM50, macamana? Amalan (tabiaat) masukkan duit ke dalam tabung semasa solat jumaat sesuatu yg lumrah kita lakukan. Semua orang buat. Bila lalu saje tong derma di depan kita, kita pun seluk saku ambil duit siling dan sumbatkan ke dalam tabung. Ada ketika kita terlupa nak bawa duit kecil, maka kita tolak sajelah tong itu kepada orang sebelah. Ada yg rasa segan tak 'menghulur' maka buat2 tidur semasa tong itu lalu di depannya. Macam2 kerenah manusia semasa khutbah ni. Biarlah, itu cerita lain.

Ok berbalik kepada cerita duit kita tadi. Jangan lah kita terus-terusan masukkan Rm1 saje seperti dulu-dulu. Memang lah orang selalu kata, amaun tak penting berapa pun, yg utama ikhlas. Itu yg kita kena tanya hati kecil kita. Betul ke bagi RM1 tu ikhlas. Adakah kita buat tu kerana:

1) ia sudah tabiaat kita sejak dulu-dulu, atau

2) kita malu kalau tak bg derma semasa tong derma tu lalu di depan kita, atau

3) kita memang ada peruntukan belanja hangus setiap kali Jumaat. Jika ini berlaku itu amat menyedihkan. Anda pernah tak makan2 di KL ni dan sedang syok sembang2 dan minum teh tarik, ada orang buta & org memimpinnya (yg tak buta) datang minta sedekah. Anda pun tanpa fikir panjang, seluk poket dan cari duit kecil dan serah kepadanya. Kita beri tu betul ke nak derma atau sekadar nak suruh orang tu cepat2 pergi agar kita boleh sambung sembang2. Hanya Allah yg tahu samaada lekat atau tidak pahala kita. Mudah-mudahan dapatlah pahala atas perbuatan kita yg tak seberapa tu.

Oleh itu, pilihlah satu amaun yg mencabar minda bawah sedar kita. Katalah RM50 seperti yg saya cadangkan tadi. Apa penilaian anda bila dengar RM50?

1) anda rasa bertambah miskin sebab dah hilang RM50

2) adakah rasa kurang ikhlas

3) adakah anda rasa itu macam rasuah kepada Allah, kerana hati kecil anda inginkan habuan lebih besar...

dan macam2 lagi perasaan. Apa yg penting, cuba lah buat mulai Jumaat ini. Sumbat duit pada satu jumlah yg anda rasa 'sayang'.

Sekian, sekadar perkongsian. Bukan nak menunjuk pandai. Minta maaf jika ada kesilapan.

p.s - Iman kita nipis, tak mampu nak berjuang untuk korban nyawa macam pejuang Hamas. Jadi kita cubalah korban sedikit harta kita.

Thursday, February 12, 2009

Otak Kanak & Otak Kiri dalam Forex 2

Otak kiri otak analisis. Siapa yang suka analisis memang selalu guna otak kiri dan kadangkala berlebihan.Juga disebut otak logik. Seperti post Cikgu Sahar sebelum ini tentang Technical Trader, itu kiranya kita guna otak kiri lah . ( Dlm masa yang sama, otak kanan tetap digunakan sebab tengok chart.. :) )

Tapi, sejauh mana kita betul2 Technical Trader ? Dan boleh menerima signal 100 % tanpa ragu-ragu. Saya yakin, sedikit sebanyak perasaan akan teruji. Rasa-rasa market nak naik..tapi signal macam ni pulak. Bila dah buat keputusan ( buy / sell ) ikut signal tak berani pulak nak ambil untung banyak-banyak. Padahal market boleh pergi jauh lagi. :)

Risk management amat memerlukan psychological management. Bermakna, stress akibat terlalu banyak 'mengukur' atau menggunakan otak kiri ( logical ), akan menyebabkan pintu otak kanan ( instinct ) akan tertutup. Bila pintu otak kanan tertutup, gelaplah skrin minda.


Jauhkan diri dari belenggu ini !

Tips :
Bangunlah dari kerusi forex anda. Regangkan badan, kendurkan urat otak.

SENAMAN MENGIMBANGI OTAK KANAK & OTAK KIRI



  1. Angkat kaki kiri dan letakkan tangan kanan pada lutut kiri.
  2. Kemudian turunkan kaki kiri tadi.
  3. Angkat kaki kanan dan letakkan tangan kiri pada lutut kaki kanan.
  4. Ulang & Lakukan selama 2 minit.

Semoga ia dapat membantu traders forex untuk terus berjaya meraih keuntungan !



Otak Kanan & Otak Kiri dalam Forex

Otak terbahagi kepada otak kanan dan otak kiri.


Tentu ramai dah jelas tentang fungsi otak kanan dan kiri ni. Jadi tak perlu saya jelaskan panjang-panjang.

Dalam Forex, otak kanan sangat suka melihat chart yang berwarna-warni, pergerakan turun naik candle, dan pergerakan pips. Otak kanan mengawal emosi kita. Bila kita sell, kita berharap candle berwarna 'merah' untuk muncul Bila kita buy, kita berharap candle hijau untuk muncul. Ini warna biasa yang Cikgu Sahar selalu sarankan masa kelas asas forex.


Emosi kita sering terumbang ambing dek candle yang beribu-ribu di skrin. Bila dapat untung, hati dah mekar, berbunga-bunga. Mula lah suara usik usik kat orang sebelah.. 'fuuuyooh..sudah untung wwoooo !!! " Bila makin rugi.. senyap-senyap je..mulut macam terkunci. Otak penat mengunyah rugi. Bila laaaa nak untung ? adooi.. kenapa la dia turun pulak ni ? kenapa la dia naik pulak ni. ?


Lantas Otak Kanan yang terlalu ligat bekerja, tidak rehat dan tidak enjoy, tanpa kita sedari rupa-rupanya sedikit demi sedikit menjadi virus kecil yang menghalang keuntungan akan datang.


Fakta 1

Ingat ! Otak kanan suka 'kegembiraan'. Frekuensi otak pada tahap alpha akan memberi ketenangan kepada trader lalu membolehkan 'instinct' yang tepat hadir pada sesuatu masa.

Instinct tidak akan hadir pada frekuensi beta. ( muke berkerut-kerut, otak kiri mengambil kuasa, stress dan tidak relax )



Tuesday, February 10, 2009

Apa maksud sebenar 'technical trader'

Salam,

Kita semua menggunakan analisa teknikal dalam membuat keputusan dalam trading. Kita membuat keputusan berdasarkan indicator yg kita pilih, namun hasilnya tidak seperti yg kita harapkan. kenapa ya?

bersedia untuk jawapan...

menjadi 'technical trader' bermakna anda menggunakan indicator untuk membuat keputusan. itu dah betul. tetapi kebanyakan kita tidak 'commit' 100% sebagai technical trader. Technical trader harus 'emotionless', menerima signal mengikut sistem 100% tanpa perasaan.

2 kesalahan besar yg dilakukan oleh technical traders: (di ambil dari buku turtle trader)

1) false positive - masuk market semasa tiada signal

2) false negative - TIDAK masuk market semasa ada signal

kesimpulan :

1) Lupakan analisa fundamental jika anda mahu menggunakan indicators analisa teknikal.

2) Masuk entry jika (dan hanya jika) ada signal, masuk setiap kali signal.

3) Masuk tanpa perasaan, tanpa prejudis terhadap market. Jgn merasa, menjangka ke mana arah market.

4) Technical trader bermain dgn matematik & kebarangkalian untuk menang. Itu sebab ada istilah 'risk management'. Small losses, big WIN.

Friday, February 6, 2009

Sistem Operasi Diri Anda

Blog ini dibina bersama rakan2 di AladdinFX untuk menyebarkan info selain dari teknik dan signal dalam trading forex. Semua orang maklum bahawa hanya sedikit sahaja (angka tidak rasmi 5%) trader yg berjaya buat duit dalam forex. Daripada 5% itu pun hanya 1% yg buat 'top money', biasalah nisbah pareto kan. Semoga kita semua, samaada ahli AFX atau pun sesiapa sahaja yg mengunjungi blog ini (membaca dan mengamalkan) ilmu yg kami kongsikan akan mampu memperbaiki prestasi dalam trading masing.

Jika anda masih belum berjaya mendapat hasil yg setimpal dari forex, maka anda kena renungkan info ini secara mendalam dan muhasabah diri. Setimpal di sini saya rujuk seminimum anda mampu merekod 'positif' pada hujung bulan. Lupakan dulu angka ribu atau jutaan USD pada peringkat ini. Pada tahap sekarang, saya rasa anda sudah faham beberapa teknik dalam trading dan anda melakukannya setiap hari. Teknik itu pada peringkat awal anda pelajarinya kerana anda yakin telah ada orang yg 'jadi kaya' kerana teknik tersebut. Namun, sehingga sekarang anda belum mampu menterjemah hasil org lain menjadi milik anda pula. Apa yg silap?

Katalah, sistem anda itu saya labelkan "PERISIAN X" bagi memudahkan saya merungkai keseluruhan topik ini kelak. Perisian X boleh jadi sebarang sistem mekanikal yg popular antaranya kuasaforex, gandaforex, greenpips dan lain2 lagi. Perisian X juga mungkin jenis 'price driven system' seperti pivot, breakout, 10 minutes system dll. Tak kisah lah tu, yang kita kisahkan kerana hasil di akaun kita tak seperti yg sepatutnya POSITIF di hujung bulan.

Ok sekarang sampai ke initipati posting ini.

PERISIAN X HANYA BERFUNGSI BAIK JIKA 'SISTEM OPERASI'NYA BERFUNGSI BAIK DAN BOLEH BEKERJASAMA SECARA HARMONI.

Kita ambil contoh dalam dunia komputer, katakan anda membeli perisian 'microsoft office' yg tulen tetapi anda install di komputer anda yg menggunakan 'windows pirate' maka sudah tentu ia tidak mampu berfungsi secara optimum. Ada saja masalahnya, hasil kerja di atas kertas nanti ada yg tersilap dan sebagainya. Begitu jugalah halnya dalam kontek perisian forex dan diri kita.

Dalam diri kita ada 'kuasa minda separa sedar' iaitu sebahagian sistem operasi diri kita. Ada orang merujuk minda bawah sedar, tak kiralah.. sama lah tu. Memperkemas dan memperkasa minda bawah sedar kita perlu dilakukan. Tujuannya supaya minda dan fizikal kita bersedia secara optimum untuk menjalankan tugasan trading forex seharian.

Perisian X hebat + Sistem Operasi hebat = Hasil menakjubkan

atau dalam bahasa kita

Teknik Trading hebat + Minda hebat = Duit banyak / berbaloi

itu dulu hingga jumpa dalam coretan seterusnya.